Monday, May 27, 2013

Panduan Keselamatan Berbasikal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana masih berpeluang untuk mengisi ruangan blog ArasBike Family Cycling Team ini. Sekian lama tidak beraktiviti kerana masa dipenuhi dengan pelbagai urusan antaranya, rider kami ingin melanjutkan pelajarannya di Perak. In shaa Allah.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat beberapa panduan dan syarat yang perlu ada ketika memulakan perjalanan anda sama ada offroad dan onroad dengan jentera masing-masing. Bahagian keselamatan yang selalu diberikan perhatian oleh kebanyakan rider biasanya kepala dan tangan sahaja. Berikut adalah ciri asas mengikut keutamaan sebelum memulakan perjalanan.

1. Topi keledar (Helmet).



Bahagian kepala adalah bahagian terpenting pada setiap jasad kerana terletaknya 'motherboard' yang mengawal segala tindakan sama ada terkawal atau tidak iaitu otak. Kita lihat insiden yang paling kecil iaitu hentakan yang sedikit di kepala mampu melumpuhkan ingatan tidak kira masa. Apatah lagi insiden yang berat.



2. Sarung tangan (Gloves).

Full gloves


Half finger gloves


Tangan. Anggota yang cekap dalam melakukan sesuatu tindakan sekiranya berlaku kemalangan. Kita dapat mengurangkan risiko kecederaan. Perlindungan pada tangan penting untuk memastikan ianya selamat dan permudahkan perilaku kita selepas terlibat dalam kemalangan. Mudah-mudahan dijauhkan.

3. Kasut (Shoes).




Perlindungan untuk kaki dan memberi keselesaan ketika menunggang. Pemakaian kasut yang selesa juga dapat mendamaikan kita sewaktu berada dalam perjalanan. Kasut yang sesuai juga dapat mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian kaki yang serius.

4. Cahaya (Light).



Ini adalah bahagian yang selalu diambil ringan dalam kalangan rider dalam melakukan sesi pengayuhan pada waktu malam mahupun siang. Selain menggunakan pemantul cahaya (reflector), lampu yang menggunakan tenaga adalah lebih baik daripada pemantul cahaya dan lampu perlu dinyalakan dan digunakan pada waktu malam dan siang supaya pengguna jalanraya yang lain seperti kereta, lori dan lebih-lebih lagi motorsikal yang suka mencelah dapat melihat anda. Waktu siang juga begitu. Oleh kerana siang mempunyai cuaca atau pemandangan yang terang, kita sebagai rider susah untuk dikesan oleh mereka. Banyak pilihan yang boleh digunakan sama ada bermodalkan set lampu yang murah sederhana dan juga mahal, janji anda tidak merisikokan nyawa anda. Jadi, berikut ada beberapa tip yang boleh digunakan.

cth: Lampu yang mudah dibeli dan ada juga jenis yang menggunakan bateri cas semula berkuasa tinggi.

Waktu malam : Lampu depan (Head lights) perlu menggunakan warna putih yang terang dengan mod kekal (tidak berkelip) manakala lampu belakang pula digalakkan menggunakan lampu merah yang berkelip.

cth: Lampu belakang yang biasa untuk mudah dikesan.

Waktu siang : Lampu depan mempunyai warna putih yang berkelip supaya mudah dikesan pada waktu siang. Lampu belakang pula menggunakan warna merah yang berkelip.



5. Wisel.




Penggunaan wisel pada basikal umpama hon di motorsikal. Ini juga memudahkan anda sebagai rider untuk memberitahu kepada pengguna yang lain bahawa anda berada disitu.

Diharapkan anda dapat memberikan lebih perhatian kepada alternatif yang nampak biasa tapi boleh mengurangkan risiko kemalangan semasa menikmati kayuhan anda. In shaa Allah.


Custom Made CUBE aka Rockbike



Assalamualaikum. Hari ini pihak kami ingin melepaskan sebuah jentera yang sememangnya sesuai bagi rider-rider yang baru memulakan kegiatan mereka dalam bidang Mountain Bike. Berikut spesifikasi jentera:

Spesifikasi:

Handlebar: Ritchey
Headset: FSA
Shifter+Brake Lever: Shimano 8spd (Dual)
Brake Caliper: Hayes MX4 (Cable type)
Stem: XDS
Fork: SR Suntour XCM 110
Rim: Raleigh 
Tyre: XDS
Seat: Velo Gel
Crankset: Shimano
Cassette: Shimano Alivio 9spd (Upgraded)
FD: Shimano
RD: Shimano Tourney Megarange 8 spd
Frame: Rockbike HASA (Blue finished aluminum)('CUBE' handmade sticker)

Untuk gambaran yang jelas, dijemput ke Pasir Gudang, Johor 
Call/SMS/Whatsapp 0192408388 Razak