Monday, May 27, 2013

Panduan Keselamatan Berbasikal

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Alhamdulillah syukur kepada Illahi kerana masih berpeluang untuk mengisi ruangan blog ArasBike Family Cycling Team ini. Sekian lama tidak beraktiviti kerana masa dipenuhi dengan pelbagai urusan antaranya, rider kami ingin melanjutkan pelajarannya di Perak. In shaa Allah.

Tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat beberapa panduan dan syarat yang perlu ada ketika memulakan perjalanan anda sama ada offroad dan onroad dengan jentera masing-masing. Bahagian keselamatan yang selalu diberikan perhatian oleh kebanyakan rider biasanya kepala dan tangan sahaja. Berikut adalah ciri asas mengikut keutamaan sebelum memulakan perjalanan.

1. Topi keledar (Helmet).



Bahagian kepala adalah bahagian terpenting pada setiap jasad kerana terletaknya 'motherboard' yang mengawal segala tindakan sama ada terkawal atau tidak iaitu otak. Kita lihat insiden yang paling kecil iaitu hentakan yang sedikit di kepala mampu melumpuhkan ingatan tidak kira masa. Apatah lagi insiden yang berat.



2. Sarung tangan (Gloves).

Full gloves


Half finger gloves


Tangan. Anggota yang cekap dalam melakukan sesuatu tindakan sekiranya berlaku kemalangan. Kita dapat mengurangkan risiko kecederaan. Perlindungan pada tangan penting untuk memastikan ianya selamat dan permudahkan perilaku kita selepas terlibat dalam kemalangan. Mudah-mudahan dijauhkan.

3. Kasut (Shoes).




Perlindungan untuk kaki dan memberi keselesaan ketika menunggang. Pemakaian kasut yang selesa juga dapat mendamaikan kita sewaktu berada dalam perjalanan. Kasut yang sesuai juga dapat mengurangkan risiko kecederaan pada bahagian kaki yang serius.

4. Cahaya (Light).



Ini adalah bahagian yang selalu diambil ringan dalam kalangan rider dalam melakukan sesi pengayuhan pada waktu malam mahupun siang. Selain menggunakan pemantul cahaya (reflector), lampu yang menggunakan tenaga adalah lebih baik daripada pemantul cahaya dan lampu perlu dinyalakan dan digunakan pada waktu malam dan siang supaya pengguna jalanraya yang lain seperti kereta, lori dan lebih-lebih lagi motorsikal yang suka mencelah dapat melihat anda. Waktu siang juga begitu. Oleh kerana siang mempunyai cuaca atau pemandangan yang terang, kita sebagai rider susah untuk dikesan oleh mereka. Banyak pilihan yang boleh digunakan sama ada bermodalkan set lampu yang murah sederhana dan juga mahal, janji anda tidak merisikokan nyawa anda. Jadi, berikut ada beberapa tip yang boleh digunakan.

cth: Lampu yang mudah dibeli dan ada juga jenis yang menggunakan bateri cas semula berkuasa tinggi.

Waktu malam : Lampu depan (Head lights) perlu menggunakan warna putih yang terang dengan mod kekal (tidak berkelip) manakala lampu belakang pula digalakkan menggunakan lampu merah yang berkelip.

cth: Lampu belakang yang biasa untuk mudah dikesan.

Waktu siang : Lampu depan mempunyai warna putih yang berkelip supaya mudah dikesan pada waktu siang. Lampu belakang pula menggunakan warna merah yang berkelip.



5. Wisel.




Penggunaan wisel pada basikal umpama hon di motorsikal. Ini juga memudahkan anda sebagai rider untuk memberitahu kepada pengguna yang lain bahawa anda berada disitu.

Diharapkan anda dapat memberikan lebih perhatian kepada alternatif yang nampak biasa tapi boleh mengurangkan risiko kemalangan semasa menikmati kayuhan anda. In shaa Allah.


Custom Made CUBE aka Rockbike



Assalamualaikum. Hari ini pihak kami ingin melepaskan sebuah jentera yang sememangnya sesuai bagi rider-rider yang baru memulakan kegiatan mereka dalam bidang Mountain Bike. Berikut spesifikasi jentera:

Spesifikasi:

Handlebar: Ritchey
Headset: FSA
Shifter+Brake Lever: Shimano 8spd (Dual)
Brake Caliper: Hayes MX4 (Cable type)
Stem: XDS
Fork: SR Suntour XCM 110
Rim: Raleigh 
Tyre: XDS
Seat: Velo Gel
Crankset: Shimano
Cassette: Shimano Alivio 9spd (Upgraded)
FD: Shimano
RD: Shimano Tourney Megarange 8 spd
Frame: Rockbike HASA (Blue finished aluminum)('CUBE' handmade sticker)

Untuk gambaran yang jelas, dijemput ke Pasir Gudang, Johor 
Call/SMS/Whatsapp 0192408388 Razak 

Tuesday, February 26, 2013

Keck Seng | Try Trek Baru !

Assalamualaikum.. alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga saya meng-update-kan blog kali ini. Sekian lama sudah tidak berkayuh cukup sebulan dari hari Keputeraan Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal bersamaan 24 Januari. Pada 24 Jan juga kami berkesempatan mengikut aktiviti kayuhan untuk mencari trek baru. 24 Februari pula, kami mencuba trek yang telah dicari dan ditanda oleh saudara Hj. Shahrin kita dari PIS CT.

Lokasi menunggu : Politeknik Ibrahim Sultan
Lokasi trek : Kawasan Kilang Minyak Kelapa Sawit Keck Seng - Kg. Desa Pinggitan - Sg. Layang
Jam : 7:30 am - 11:00 am / 24 Februari 2013
Jarak : +40km


Admin 3 dari kanan. Baju warna biru(PIS CT) dan merah/kelabu(UTHM) sebagai Marshall untuk trek kali ini.

Aktiviti kali ini mendapat sambutan yang agak mengejutkan apabila rider-rider dari kawasan yang jauh juga sanggup datang untuk merasa trek baru ini.


Jentera-jentera yang akan diuji di trek baru kami. Hehehe..Selamat Berkayuh.


Berehat sekejap untuk meredakan sendi-sendi rider yang baru sampai.

Simpang empat.. Menunggu marshall untuk kenalpasti jalan.


Marshall dah sampai... Rehat dulu sambil berPisang-pisangan.


Checkpoint keempat dari akhir. Sedang memanggil bantuan untuk rider kita yang agak kepenatan akibat 'kerakusan' trek kali ini. Trek yang terdapat banyak bukit.


Perjalanan pulang ke Cahaya Baru. Admin sedang kepenatan..~~

Alhamdulillah..dapat jugak habiskan trek kali ini walaupun kena tolak basikal. Insya Allah, admin harap dapat join lagi kat trek ini sebab untuk kali pertama admin kalah dalam kayuhan trek ini.hehehe.. Setakat ini, inilah trek yang paling mencabar. Sangat sesuai untuk digunakan dalam jamboree kepada kaki beskat tegar. Kalau yang beginner-beginner tu, mintak maaplah..kurang sesuai tok korang..apapun, boleh CUBA!
~Man Vs Wild~

Terima kasih diucapkan kepada ~ Hj Shahrin, En Muda, En Naiem selaku penganjur tidak rasmi dan Rider-rider lain yang memeriahkan lagi cobaan terhadap trek baru ini. ~

Sunday, November 25, 2012

Suzuki GP100 Restoration

Suzuki GP100 -Google Image

Suzuki GP100 atau dikenali sebagai Suzuki 'Jipang' telah pun beraksi dijalanan sekitar tahun 80an. Cuti sekolah dan musim peperiksaan SPM kali ini pasti menyeronokkan apabila, pengurus ArasBike CT a.k.a ayah saya telah pun mengeluarkan sedikit wang dari pendapatannya untuk membeli motorsikal ini dan berminat untuk melakukan 'restoration' terhadapnya. Jadi, dengan usaha yang banyak pun jika hasilnya cantik, pasti ianya memuaskan. Impiannya untuk memiliki motorsikal retro telah pun berada dalam tangannya. Sementara tak kayuh-kayuh disebabkan ayah tak bagi semasa SPM, jadi buatlah 'restoration' kat motor ini. Kalau malas nak baca buku pun sekurang-kurangnya ada lah sikit kerja..hehe (*KLIK gambar untuk besar)

Keadaan asal (motor 1)
Motor dalam gambar (atas) tu, ada geran punya tapi keadaannya agak kurang memuaskan. Apapun, baru berpeluh sikit daripada berehat sahaja seperti membeli motor baharu.haha.. Yang kat bawah ni, takda geran tapi keadaan masih baik, masih boleh berjalan dan aksesori serta bahagian-bahagiannya masih cukup. Model ini adalah keluaran sekitar tahun '78 hingga '83.
Keadaan asal (motor 2)
Ayah beli dua biji motor sebab bahagian-bahagian dari jentera 'panas' tu boleh dipindahkan ke jentera 'sejuk' tu. Jadi, tu yang beli dua. Jangan risau, jentera panas tu bukan barang rembat tapi cuma tak tahu owner je..hehe. Setakat ni, yang sejuk tu dah nak hampir siap, tinggal untuk stabilkan keadaan enjinnya sahaja. Berikut sedikit 'snapshots'..

Aduishh..malangnya, plat aloi 'Suzuki' tu ada sebelah je.. Sesapa ada,  boleh lah contact ABCT manager.

Minat punya pasal..
hari tu sampai, hari tu jugak buka semua 'parts'. 

Akhirnya..enjin berjaya dibuka. Restoration ni pun buat kat rumah sendiri. Takda bantuan alat-alat profesional sangat. Jadi ambil masa berminggu.. Perlu sabar untuk mendapatkan hasil yang baik
Rim dan tayar asal dah tak boleh pakai jadi... beli yang baru. Semua tu pun pasang sendiri, alat align lidi pun pinjam orang pastu align sendiri. Nak jimat punya pasal.

Frame siap di cat, absober baru dan fork yang belum diservis. Dari ruang garaj kereta sehingga ke dalam rumah..rumahku syurgaku.

Inilah idola terbaik, semuanya boleh dilakukan olehnya..wiring, alignment malah penghasilan stiker jentera tersebut juga dilakukan dengan tangannya sendiri.


Sementara kerja lain dilakukan tank dihantar ke kedai cat untuk di baikpulih. (Sebelum)


Motor belah kiri (sejuk) hampir siap, pemisahan parts dari motor 'panas' (kanan) sedang dilakukan oleh  saya.
Warna kegemarannya..setelah siap di cat

Enjin ni ada geran tapi masa ni belum test hidup ke tak. Tapi alhamdulillah setelah overhaul dilakukan  dengan bantuan rakannya, berjaya jugak dengar dia nangis macam tunggu budak yang sedang dilahirkan..hehe
Tu diaa..formen dengan jenteranya. Zaman dia belajar pakai Yamaha RXS. Jipang nih kawan-kawan dia yang banyak pakai.

Lihat, stiker buatan tangannya..tak lah se'perfect' mana tapi memuaskan pandangan yang melihat. Restoration terhadap penampilan jentera sudahpun siap, yang tinggal ialah stabilkan ngauman enjin, wiring dan cari parts yang masih tiada.


Tuesday, July 10, 2012

Wacycles XC Challenge 2012


On June 17, 2012, Wacycles XC Challenge was organized by WACycles cycling clubs  from Jean Sport Sdn Bhd with the support of Giant Bicycle Malaysia at Bandar Seri Alam. The game was started on 8:00 am with blue plate number go first. Followed by yellow, green and last with white plate number which is different starting with 5 minute each. This event used timing chips system. The end of this event, as usual, the participant wait for lucky draw with Giant Anthem as a grand prize...



Wacycles XC Challenge with timing chip system by DirTraction ..

Starting post... Yellow plate rider ready to go... 

For the first time, ABCT's manager took part in this event ... after 7km and not off road yet, so tired !! 



ABCT's little rider at the back... Lutfi Razak.
Our friends .. Muda Ibrahim from PIS CC .. He clocked 3 hours 32 minutes ..


Our rider, Ariff Razak with PowerBar in his mouth ..  He clocked 4 hours 5 minutes ..


After event, go back to car... 

* Many more pictures can be seen on Aras Bike CT@Facebook or Wacycles or at the Facebook event photographer Amir Mastan