|
Suzuki GP100 -Google Image |
Suzuki GP100 atau dikenali sebagai Suzuki 'Jipang' telah pun beraksi dijalanan sekitar tahun 80an. Cuti sekolah dan musim peperiksaan SPM kali ini pasti menyeronokkan apabila, pengurus ArasBike CT a.k.a ayah saya telah pun mengeluarkan sedikit wang dari pendapatannya untuk membeli motorsikal ini dan berminat untuk melakukan 'restoration' terhadapnya. Jadi, dengan usaha yang banyak pun jika hasilnya cantik, pasti ianya memuaskan. Impiannya untuk memiliki motorsikal retro telah pun berada dalam tangannya. Sementara tak kayuh-kayuh disebabkan ayah tak bagi semasa SPM, jadi buatlah 'restoration' kat motor ini. Kalau malas nak baca buku pun sekurang-kurangnya ada lah sikit kerja..hehe (*KLIK gambar untuk besar)
|
Keadaan asal (motor 1) |
Motor dalam gambar (atas) tu, ada geran punya tapi keadaannya agak kurang memuaskan. Apapun, baru berpeluh sikit daripada berehat sahaja seperti membeli motor baharu.haha.. Yang kat bawah ni, takda geran tapi keadaan masih baik, masih boleh berjalan dan aksesori serta bahagian-bahagiannya masih cukup. Model ini adalah keluaran sekitar tahun '78 hingga '83.
|
Keadaan asal (motor 2) |
Ayah beli dua biji motor sebab bahagian-bahagian dari jentera 'panas' tu boleh dipindahkan ke jentera 'sejuk' tu. Jadi, tu yang beli dua. Jangan risau, jentera panas tu bukan barang rembat tapi cuma tak tahu owner je..hehe. Setakat ni, yang sejuk tu dah nak hampir siap, tinggal untuk stabilkan keadaan enjinnya sahaja. Berikut sedikit 'snapshots'..
|
Aduishh..malangnya, plat aloi 'Suzuki' tu ada sebelah je.. Sesapa ada, boleh lah contact ABCT manager. |
|
Minat punya pasal.. hari tu sampai, hari tu jugak buka semua 'parts'. |
|
Akhirnya..enjin berjaya dibuka. Restoration ni pun buat kat rumah sendiri. Takda bantuan alat-alat profesional sangat. Jadi ambil masa berminggu.. Perlu sabar untuk mendapatkan hasil yang baik |
|
Rim dan tayar asal dah tak boleh pakai jadi... beli yang baru. Semua tu pun pasang sendiri, alat align lidi pun pinjam orang pastu align sendiri. Nak jimat punya pasal. |
|
Frame siap di cat, absober baru dan fork yang belum diservis. Dari ruang garaj kereta sehingga ke dalam rumah..rumahku syurgaku.
|
|
Inilah idola terbaik, semuanya boleh dilakukan olehnya..wiring, alignment malah penghasilan stiker jentera tersebut juga dilakukan dengan tangannya sendiri. |
|
Sementara kerja lain dilakukan tank dihantar ke kedai cat untuk di baikpulih. (Sebelum) |
|
Motor belah kiri (sejuk) hampir siap, pemisahan parts dari motor 'panas' (kanan) sedang dilakukan oleh saya. |
|
Warna kegemarannya..setelah siap di cat |
|
Enjin ni ada geran tapi masa ni belum test hidup ke tak. Tapi alhamdulillah setelah overhaul dilakukan dengan bantuan rakannya, berjaya jugak dengar dia nangis macam tunggu budak yang sedang dilahirkan..hehe |
|
Tu diaa..formen dengan jenteranya. Zaman dia belajar pakai Yamaha RXS. Jipang nih kawan-kawan dia yang banyak pakai. |
|
Lihat, stiker buatan tangannya..tak lah se'perfect' mana tapi memuaskan pandangan yang melihat. Restoration terhadap penampilan jentera sudahpun siap, yang tinggal ialah stabilkan ngauman enjin, wiring dan cari parts yang masih tiada. |
Bro ..nak tanya..cat ni apa code nya ..jenis apa
ReplyDeleteBro ..nak tanya..cat ni apa code nya ..jenis apa
ReplyDeletehttp://suzukigp100.blogspot.com/
ReplyDeleteThis one does not need any kind of restoration!