Assalamualaikum.. alhamdulillah, akhirnya berkesempatan juga saya meng-update-kan blog kali ini. Sekian lama sudah tidak berkayuh cukup sebulan dari hari Keputeraan Rasulullah SAW pada 12 Rabiul Awal bersamaan 24 Januari. Pada 24 Jan juga kami berkesempatan mengikut aktiviti kayuhan untuk mencari trek baru. 24 Februari pula, kami mencuba trek yang telah dicari dan ditanda oleh saudara Hj. Shahrin kita dari PIS CT.
Lokasi menunggu : Politeknik Ibrahim Sultan
Lokasi trek : Kawasan Kilang Minyak Kelapa Sawit Keck Seng - Kg. Desa Pinggitan - Sg. Layang
Jam : 7:30 am - 11:00 am / 24 Februari 2013
Jarak : +40km
Admin 3 dari kanan. Baju warna biru(PIS CT) dan merah/kelabu(UTHM) sebagai Marshall untuk trek kali ini. |
Aktiviti kali ini mendapat sambutan yang agak mengejutkan apabila rider-rider dari kawasan yang jauh juga sanggup datang untuk merasa trek baru ini.
Jentera-jentera yang akan diuji di trek baru kami. Hehehe..Selamat Berkayuh. |
Berehat sekejap untuk meredakan sendi-sendi rider yang baru sampai. |
Simpang empat.. Menunggu marshall untuk kenalpasti jalan. |
Marshall dah sampai... Rehat dulu sambil berPisang-pisangan. |
Checkpoint keempat dari akhir. Sedang memanggil bantuan untuk rider kita yang agak kepenatan akibat 'kerakusan' trek kali ini. Trek yang terdapat banyak bukit. |
Perjalanan pulang ke Cahaya Baru. Admin sedang kepenatan..~~ |
Alhamdulillah..dapat jugak habiskan trek kali ini walaupun kena tolak basikal. Insya Allah, admin harap dapat join lagi kat trek ini sebab untuk kali pertama admin kalah dalam kayuhan trek ini.hehehe.. Setakat ini, inilah trek yang paling mencabar. Sangat sesuai untuk digunakan dalam jamboree kepada kaki beskat tegar. Kalau yang beginner-beginner tu, mintak maaplah..kurang sesuai tok korang..apapun, boleh CUBA!
~Man Vs Wild~
No comments:
Post a Comment